posted by on Alam

No comments

Pada 6 Jun ini, kita akan dapat melihat planet Venus pada siang hari apabila planet tersebut melintas antara bumi dan matahari. Fenomena yang dipanggil- Venus Transit.

Ianya tidak jauh berbeza dengan kejadian gerhana. Apabila berlaku gerhana matahari, ianya adalah disebabkan bulan berada ditengah antara bumi dan matahari, maka kita akan lihat bulan pada siang hari ‘menutup’ matahari.

Sepanjang sejarah teleskop dicipta, Venus Transit telah berlaku sebanyak 6 kali, kali terakhir pada tahun 2004. Dan selepas 2012 ianya akan berlaku lagi pada tahun 2117, menjadikan transit kali ini adalah yang terakhir untuk manusia abad ini melihatnya.

Venus Transit 2004.
Foto credit to: Imelda B. Joson and Edwin L. Aguirre, space.com.

Transit kali ini boleh dilihat di kebanyakan tempat di dunia. Dan Malaysia Timur antara kawasan terbaik untuk melihat keseluruhan 7 jam fenomena ini berlangsung.

Yang paling penting, jangan melihat terus ke arah matahari, sediakan alatan yang perlu untuk melihat Venus di hadapan matahari ini. Paling mudah boleh guna cermin mata hitam atau filem kamera lama.

posted by on Culture, Event

No comments

Antara Siapa & Kenapa?

Setiap peristiwa, kejadian atau idea, ada “siapa” dan “kenapa” disebaliknya.

Kalau siapa itu yang kita fokuskan, kita boleh dikelirukan dengan perspektif luaran individu tersebut.

Bahkan, kita juga mungkin boleh keliru dengan Nabi Muhammad jika kita berada pada satu zaman dengan baginda. Hari ini kita menerima ajaran Nabi Muhammad dengan tangan lapang terbuka, syukurlah kerana sebahagian besarnya kerana kita dilahirkan dalam keadaan muslim.

Tapi cuba bayangkan, adakah kita akan menerima juga ajaran baginda jika kita berada dalam kelompok masyarakat jahiliah yang sama?

Muhammad itu siapa? Seorang yang ummi, tidak tahu membaca. Adakah dia kaya, golongan bangsawan dan berpengaruh? Sebahagiannya, tapi ramai lagi yang lebih berpengaruh dari beliau. Walid al-Mughirah lebih kaya dari Muhammad. Muhammad digelar al-Amin, tapi Abu Jahal dalam masyarakat dulu dikenali juga dengan Abu al-Hakam, Bapa Kebijakan.

Tiba-tiba Muhammad yang tidak ada apa-apa itu mempromosikan kebangkitan, menghapuskan status-quo dan membebaskan perhambaan. Sesuatu yang tak pernah didengari, jauh dari norma masyarakat, sudahlah Jazirah Arab ditekan dengan kuasa Rom dan Parsi, individu ini datang memecah belahkan ikatan kearaban pula.

Jadi, jika kita disitu, adakah kita akan menyahut seruan Muhammad? Atau patuh pada bangsawan Arab yang lebih berpengaruh?

Siapa Muhammad tidak boleh di terima begitu saja tanpa kita melihat apa dan kenapa ajaran baru itu dibawa.

Setiap idea yang diterima atas dasar “siapa” amat rapuh pegangannya, orang yang terpengaruh dengan “siapa” akan mudah mengubah prinsip hidupnya jika dia terjumpa “siapa” yang lebih berkarisma.

Berpakat Lawan Kezaliman

Al-Tahawi (meninggal 321H) meriwayatkan hal ini dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi (meninggal 458H) dalam as-Sunan al-Kubra di mana Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad’an yang membabitkan Bani Hashim, Zahrah, Taiyyim dan aku juga dalam kalangan mereka. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai. Aku tidak suka untuk tertinggal dari menyertainya sekalipun diberikan kepadaku unta merah”
|| Read more

posted by on Education-Learning, Self-Management

No comments


Tiap-tiap ilmu itu pengetahuan, tapi tidak semestinya tiap-tiap pengetahuan itu ilmu.

Banyak belajar dan membaca belum tentu menjadikan seseorang berilmu. Informasi atau maklumat yang disimpan dalam minda, hanya menjadikan seseorang ‘tahu’. Yang menjadikannya berilmu bila dia tahu menggunakan pengetahuan yang ada dan mengenal siapa pencipta.

Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya, hanyalah para ulama (Fatir, 35: 28)

Seorang pak cik tukang kebun yang mungkin tak habis belajar, tapi ada iman, takut kepada Allah, bolehlah dikatakan berilmu. Pengetahuannya mungkin sikit, tapi sudah cukup menjadi ilmu.

Seorang professor yang ada PhD- pengajian habis dah- tapi tak menghantar dia mengenal Allah, bolehlah dikatakan jahil. Pengetahuannya banyak, tapi sayang tak menjadi ilmu yang menundukkan dirinya kepada pencipta.

Cukuplah dengan takut kepada Allah dianggap sebagai ilmu, dan cukuplah dengan melalaikan Allah sebagai bentuk kejahilan. Ibn Mas’ood.

Lebih Dari Bekerja

Mar
2012
28

posted by on Management 3.0, Organization, Self-Management

No comments

Kita ada keputusan yang perlu dibuat.

Kita perlu memilih, kita ingin bekerja di syarikat yang bagaimana?

Fikirkan tentangnya.

Purata rakyat Malaysia bekerja 8 jam sehari, 40 jam seminggu.

Jadi 1/3 masa itu berbaloikah untuk disalurkan?

Fikirkan secara serius!
Kita boleh bekerja untuk mendapatkan gaji.
Kita boleh bekerja untuk membuat perubahan.

Atau kita boleh bekerja ditempat yang melakukan kedua-duanya.

Adakah kita akan bekerja disyarikat yang hanya meletakkan keutamaan pada keuntungan?
Ataupun meletakkan keutamaan pada diri kita dan manusia lain?

Persoalan yang paling utama, adakah gaji dan keuntungan adalah perkara yang paling kita akan banggakan pada usia tua nanti?

Atau adakah syarikat itu mahu menjadikan kehidupan kita lebih baik? Mengambil berat tentang masyarakat dan juga alam sekitar?

Kerana ada syarikat diluar sana yang mengambil berat perkara lain, lebih dari diri mereka sendiri.

Syarikat yang mengambil berat tentang perkara seperti kehidupan, masyarakat dan alam sekitar.

Yang bukan sekadar tempat kerja, tetapi lebih kepada memberi makna dalam diri.

Ini lebih bermakna:-
Bekerja untuk hidup.

Berbanding ini:-
Hidup untuk bekerja.

Dan mereka menggalakkan orang ramai bekerja dengan seperti ini:-
Bersama. Kreatif. Gembira.

Cari syarikat yang seperti ini, yang memberi inspirasi pada kita.

Ataupun, syarikat itu boleh dibina oleh kita sendiri.

posted by on General

No comments

I firmly believe that in any organization, in order to survive and achieve success, must have a sound of beliefs on which it premises all its policies and actions. Next I believe that the most important single factor in corporate success is faithful adherence to those beliefs….beliefs must always come before policies, practices and goals. The latter must be altered if they are seen to violate fundamental beliefs.

(Thomas J. Watson, IBM)

Bukan hanya untuk insan, organisasi atau syarikat juga memerlukan nilai (value) sebagai garis panduan berinteraksi dalam masyarakat.

Mengapa Nilai?

Saya tidak pernah ke Walt Malt dan merasai suasananya, tapi ini adalah nilai utama yang diletakkan pengasasnya, Sam Walton untuk menjadi panduan kepada tim pekerjanya “We put the customer ahead of everything else… If you’re not serving your customer, or supporting the folks who do, then we don’t need you”

Manakala syarikat komputer HP; “The HP Way basically means respect and concern for the individual; it says ‘Do unto others as you would have them do unto you.’ That’s really what it’s all about”

Nilai boleh dinyatakan dalam cara yang berbeza, namun ia harus kekal ringkas, jelas, terang dan tegas.

Bukan sekadar mengaut keuntungan, setiap usahawan, syarikat dan organisasi perlu memikirkan apa kebaikan yang ingin disumbangkan kepada pembangunan masyarakat. Nilai, terserap pada produk dan perkhidmatan. Nilai yang murni membawa hasil kerja yang terbaik.

|| Read more

posted by on Education-Learning, Tadabbur Quran, Training & Consultation

No comments

Saya rasa seronok bila dengar ustaz-ustaz mengupas ayat-ayat Quran dengan penuh lancar ketika beri kuliah agama. Kebolehan mereka menerjemah, menghubungkan satu ayat dengan satu ayat yang lain, dan berbahas secara detail apa yang disampaikan dalam satu ayat, amat mengagumkan.

Lebih-lebih lagi bila solat dibelakang imam yang menangis kerana menjiwai apa yang dibacakannya.

Terasa hati bergetar dalam suasana itu.

Buat saya yang kurang faham bahasa Arab, hanya mampu menghargai bacaan al-Quran dengan irama yang dibacakan.

Walaupun tak salah dan memang al-Quran secara tersendiri mempunyai keistimewaan intonasi atau irama, tapi jiwa saya tetap tak puas.

Terasa tak ada beza dengan peminat K-Pop yang menyanyi-nanyi lagu Korea, tapi tak faham apa pun pada makna lagu itu.

Rasa sedap pada telinga, tapi kurang dalam pada hati. Umpama rasa sedap hidung menghidu ayam percik, tapi lidah tak dapat merasainya.

Sangat derita.

Maka tak ada cara lain untuk menghayati keindahan al-Quran itu selagi tak mempelajari bahasa pengantarnya, bahasa Arab. Sekurang-kurangnya pada aspek asas, pada tatabahasa, makna perkataan dan perbualan ringkas.

Saya dan rakan-rakan di Akademi Sinergi akan menganjurkan kursus bahasa Arab bagi individu yang berminat mengusai bahasa syurga ini.

Untuk kursus ini, peserta akan dibimbing oleh instruktor, Ustaz Farid Ariff berkelulusan Universiti Islam Madinah serta berpengalaman lebih 10 tahun mengajar bahasa Arab kepada orang awam.

Bagi yang berminat, boleh ke laman web Akademi Sinergi untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

Semoga usaha ini dimudahkan, inshaAllah.

posted by on Management 3.0, Organization, Social Sector, Strategy

No comments

Saya ambil 4 ciri syarikat yang hebat oleh Jim Collins dalam buku Beyond Entrepreneurship:-

1. Berprestasi.
Ianya dinilai melalui keupayaan syarikat tersebut menjana aliran kewangan yang mencukupi (melalui keuntungan operasi yang tinggi) untuk terus kekal beroperasi.

Syarikat juga mempunyai rekod perjalanan mencapai objektif yang telah diletakkan oleh pengasas atau pemimpinnya. Walaupun ada masa berdepan naik turun dan mungkin pada satu masa keadaan begitu menggetirkan, syarikat yang hebat akan sentiasa pulih dan seterusnya mencapai semula prestasi tingginya.

2. Impak.
Syarikat yang hebat memainkan peranan yang signifikan sebagai pemimpin yang mempengaruhi hala tuju industri.

Ianya tidak semestinya syarikat yang terbesar; syarikat tersebut boleh mempengaruhi melalui inovasi.

3. Reputasi.
Syarikat yang hebat dikagumi dan dihormati oleh orang yang berada diluar tembok syarikat tersebut, juga selalunya akan dijadikan model contoh.

4. Bertahan lama.
Syarikat yang hebat kekal beroperasi dan sentiasa sihat pada jangka masa berdekad. Syarikat yang hebat beinovasi untuk memperbaharui diri dimana kehebatannya bertahan dari satu generasi pengurusan merentasi individu awal yang menentukan hala tuju syarikat tersebut.

Apabila anda memikirkan tentang syarikat yang kekal hebat, fikirkan tentang membina syarikat yang mampu memberikan sumbangannya sehingga melebihi 100 tahun.

Syarikat yang hebat bukanlah syarikat yang sempurna. Mereka juga melakukan kesilapan dalam menyusun langkah sehingga menjunamkan prestasi syarikat. Tetapi syarikat ini mempunyai daya tahan yang tinggi untuk sentiasa bangkit daripada setiap kepayahan dan kesulitan yang melanda.

Plugin from the creators of Macbook :: More at Plulz Wordpress Plugins
бесплатные ответы на егэ 2012 по истории демо версия егэ русский язык 2011-2012 егэ тесты онлайн по биологии 2012 разбор заданий егэ русский егэ 2012 год русский егэ егэ 2011-2012 русский язык сборник заданий спецификация егэ по русскому языку 2012 узнать результаты егэ 2012 онлайн егэ математика 2012 сборник скачать пробное егэ по математике за 2012 год демо-вариант егэ по русскому языку 2012 скачать бесплатно варианты егэ по физике 2012 материалы егэ по русскому языку как узнать результаты егэ по русскому языку 2012 ответы на егэ 2012 года по биологии демонстрационные егэ по физике за 2012 г тренировочные варианты егэ по русскому языку 11 класс тренировочные задания по русскому языку по егэ online егэ по истории пробное егэ тест по егэ по русскому языку 10 класс 2012 оценки по егэ по русскому языку 2012 егэ егэ 2012 химия сборник экзаменационных заданий вариант заданий демонстрационный демонстрационные варианты егэ по английскому языку 2012 года егэ информатика 9 класс демонстрационный вариант егэ 2012 с ответами по математике скачать егэ за 2012год по обществознанию пробный егэ по химии 9 класс по химии егэ по математике 2012 демонстрационный вариант русская литература егэ русский язык on-line тесты репетиционный егэ по математике по киму егэ математика демонстрационный вариант 9 класс задания егэ по информатике 2012 на сайте егэ по химии он-лайн программа егэ по русскому языку 2011-2012 скачать sitemap